Jom Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlet Murah

Apa yang menarik di Johor Premium Outlet? Sekarang kita tau ada Mitsui Outlet Park di Sepang, tapi sebelum itu wujud dulu Johor Premium Outlets aka JPO. Bangunan dua tingkat satu-satunya yang tersergam atas bukit, dari highway utara-selatan lagi dah boleh nampak logo Johor Premium Outlet.

Kata orang, di Johor Premium Outlet ni, lagi murah berbanding Kuala Lumpur. Betul ke? Nak tahu anda kena datang sendiri di Johor Premium Outlet dan bandingkan harga disini.

Johor Premium Outlet

So, nak tau berapa murah dia, baru-baru ni Acul sempatlah jalan-jalan Johor Bahru and singgah sini. Dia punya eksited, pukul 10 pagi dah terpacak. Secara kasar di mata, banyak lah kedai, dalam 130 jenis kedai.

Tapi bukan barang yang buat Acul tertarik, tapi HARGA! Yes, harga dia. Diskaun kemain, dah 40% then dapat lagi 20%. Mana nak dapat bro!

Branded Items Di Johor Premium Outlet

Branded Items Di Johor Premium Outlet

Tapi memandangkan, trip kali ni hanya untuk menjamu mata sahaja di Johor Premium Outlet, bukan shopping, tahan je tangan tu dari keluarkan duit dari dompet mahupun ATM.

Haha. Buat anda yang kaki shopping, make sure buat survey online terlebih dahulu mengenai jenama-jenama barangan disini untuk dapatkan maklumat mengenai barang yang dijual dan promosi terkini.

Tapi dinasihatkan, bawak lah ‘extra cash‘ kalau rasa dah rambang mata sangat. Hehe. Sampai sekarang Acul teringat-ingat pasal perfume bilik kat Bath & Body Works. Buy 3 free 1. Ruginyaaaaa.

barangan berjenama di Johor Premium Outlet

Dalam 130 jenama yang terdapat di Johor Premium Outlet, antaranya ialah, Adidas, Calvin Klein, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Swatch dan banyak lagi. Memang jenama-jenama barang yang popular di seluruh dunia. Mudah je nak cari barang-barang berjenama disini.

Kemudahan Yang Mencukupi Di Johor Premium Outlet

kemudahan yang disediakan di Johor Premium Outlet

Tempat yang agak besar dan tak berapa crowded, dengan kemudahan mudah diakses seperti surau, toilet, ATM bank, dan Balai Polis. Cuba datang awal pagi untuk elakkan kesesakan. Baru la senang hati nak pilih barang kan?

Kang kalau datang dah tengahari or petang, rakyat dah ramai, tak syok plak rasa nak jalan-jalan nanti.

Parking lot tidak free ye kawan-kawan, tapi cuma RM3.00 sahaja sekali masuk. Nak mudah, anda cuba cari parking dihujung-hujung Lot A, sebab lagi banyak kosong dan sebenarnya dekat je dengan pintu masuk kedai-kedai. Don’t worry, kedai tak lari.

Kudap-Kudapan Di Johor Premium Outlet

food court di Johor Premium Outlet

Selain dari kedai-kedai pakaian, beg dan kasut, tak sah kalau takde foodcourt. Sini foodcourt dia boleh dikatakan agak besar. Lepas penat mencari barang tu boleh la rehat sebentar kat Foodcourt disini. Minum dan makan dulu untuk refresh tenaga.

Antara restoran yang bertapak di Johor Premium Outlet ialah Absolute Thai, Dome cafe, Starbucks dan banyak lagi. Anda boleh cuba menu-menu makanan disini.

tempat berehat di Johor Premium Outlet

Berhampiran sini, anda boleh lihat pemandangan yang dekorasi dia sangat simple, senang cite rasa tenang je. Banyak kerusi untuk duduk berhampiran air pancut. Boleh rehat-rehat sambil tengok dekorasi kedai-kedai disini.

Terasa di luar negara sekejap hehe…

Apa Kata Mereka?

SACC Rai 43 Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas