6 Destinasi Bulan Madu Eksotik Boleh Dikunjungi

Selesai sahaja resepsi kedua-dua belah pihak, masa untuk anda berdua ber Honeymoon. Segala penat lelah buat persiapan sebelum dan ketika majlis, inilah masanya untuk anda berehat sambil mengeratkan lagi hubungan diantara pasangan anda.

Indahnya tatkala anda berpegangan tangan ditepi pantai yang membiru, menghabiskan masa bersama insan tercinta di atas pulau yang memukau pandangan sambil menikmati hidangan makanan yang lazat. Romantik gitu.

6 Destinasi Bulan Madu Eksotik

Disini Acul nak kongsikan kepada anda 6 destinasi bulan madu eksotik yang boleh anda kunjungi untuk berbulan madu bersama pasangan. Bagi yang masih dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga, ini peluang untuk anda buat pilihan lokasi honeymoon yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Bagi yang sudah berkahwin, tak salah kalau nak honeymoon semula atau sambut hari ulang tahun perkahwinan anda. Pasti hubungan diantara anda dan pasangan akan lebih erat dan mesra.

menjadi momen . Tempat-tempat indah nan eksotik menjadikan momen malam pertama ada yang sukar dilupakan.

1. Kyoto, Jepun

kyoto japan

Menikmati bulan madu di Kyoto rasanya tidak lengkap jika tidak menjelajahi banggunan-banggunan bersejarah di sekitarnya. Antaranya adalah Kinkaku-ji atau kuil paviliun emas, Ginkaku-ji atau kuil paviliun perak, kuil Ryoan-ji dan Kyoto Studio Park.

Banggunan-banggunan ini memang meninggalkan bahan sejarah yang berbaloi untuk diketahui. Selain dari itu juga, rekabentuk banggunan bersejarah ini memang menarik.

Kalau dah kesini jangan lupa untuk kunjungi bangunan lama tempatnya geisha di distrik Gion. Di Gion ada tempat minum teh tradisional yang anda boleh cuba. Buat yang menyukai komik, Kyoto International Manga Museum wajib dikunjungi kerana memiliki ratusan ribu koleksi komik.

Cadangan kesini adalah pada waktu musim bunga. Memang cantik kalau waktu musim bunga lagi-lagi pokok sakura yang sememangnya terkenal disini. Selain itu juga, banyak perayaan yang dibuat ketika musim bunga.

2. Cappadocia, Turki

Cappadocia Turki Destinasi Bulan Madu Eksotik

Cappadocia ialah wilayah bersejarah yang ada di Turki dan menjadi destinasi popular bagi para pengembara di seluruh dunia. Anda akan menemui bentuk batu-batu yang indah serta unik. Indahnya di sini anda boleh menaiki belon udara untuk melihat pemandangan di sekeliling Cappadocia.

Kota-kota lain yang wajib dikunjungi di Cappadocia ialah Urgup, Goreme, Ihlara Valley, Selime, Guzelyurt, Uchisar, Avanos dan Zelve.

Kalau anda pernah tonton filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Fazura, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani anda boleh lihat sendiri keindahan destinasi ini. Memang berbaloi untuk anda berbulan madu disini.

3. Machu Picchu, Peru

berbulan madu di Machu Picchu Peru

Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya.

Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983. Panoramanya yang menarik menjadi pilihan buat mereka yang ingin berbulan madu.

4. Sri Lanka

Sri Lanka

Tidak ramai yang memilih Sri Lanka sebagai destinasi bulan madu mereka. Padahal negara yang terletak di utara Maladewa ini memiliki iklim dan panorama yang tak kalah indahnya dengan Maladewa.

Sri Lanka memiliki beberapa pantai dan resort yang indah. Ada banyak perkara yang boleh diterokai dari negara ini. Mulai dari kota-kotanya, pelbagai makanan halal, pasar-pasar tradisional juga masyarakatnya yang ramai Muslim.

5. Maldives

Maldives honeymoon

Vila apung di atas laut dan pemandangan alam yang indah ialah sebuah paduan bulan madu yang sempurna. Maka tak hairanlah jika Maldives yang terletak di Lautan Hindi, menjadi salah satu destinasi bulan madu pasangan dari seluruh dunia.

Ada banyak resort yang boleh menjadi pilihan, semuanya mempesonakan anda dengan interior menawan yang selesa untuk mengabadikan kisah kasih bersama pasangan.

6. Dubai

honeymoon in dubai

Sebagai salah satu destinasi dunia yang paling menyenangkan, mewah dan menakjubkan, Dubai memiliki pelbagai pilihan terbaik untuk bulan madu. Di sini anda boleh bersantai, memanjakan diri dan menikmati kebahagiaan pengantin baru.

Dari kamar-kamar spa mewah hingga safari padang pasir kelas atas, berbagai resort dan aktiviti ini merupakan yang terbaik untuk bulan madu yang tidak boleh dilupakan di Dubai.

___

Jadi apakah destinasi bulan madu eksotik pilihan anda?

Sumber: Aculnetwork

Apa Kata Mereka?

Senarai Muzium Dan Tempat Bersejarah Di Negeri Melaka

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas