snorkeling-di-krabi

5 Tempat Menarik Di Krabi Thailand Untuk Dikunjungi

snorkeling-di-krabi

Melancong ke luar negara sememangnya merupakan impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu untuk melancong lebih-lebih lagi ke luar negara yang sudah semestina menelan kos yang sangat tinggi. Orang kata kalau nak melancong “kena standby duit banyak”.

Walau bagaimana pun, bukan semua destinasi percutian ke luar negara tu mahal dan memerlukan kos yang tinggi. Ada je lokasi percutian yang kosnya berpatutan dan salah satunya ialah ke negara jiran kita iaitu di Krabi, Thailand.

Tempat Menarik Di Krabi Thailand

bergambar di poda island krabi thailand

Untuk kali ini, mari kita lihat beberapa tempat menarik di Krabi, Thailand yang sering menjadi pilihan pelancong dan lokasi yang strategik untuk menginap yang berdekatan dengan tempat makan yang halal.

Di negara orang, apa yang penting kita sebagai umat Islam perlu tahu untuk cari tempat makan yang halal. Oleh yang demikian, anda perlu buat ‘research’ dulu tempat makan halal di negara tersebut. Jadi bila sampai disana tak ada la anda pening kepala nak cari tempat makan halal kan?

Tempat Penginapan Di Krabi Dekat Dengan Makanan Halal?

hotel di krabi thailand

Bergantung dengan bajet anda, salah satu tempat di Krabi yang popular dan strategik untuk menginap ialah di Pantai Ao Nang. Di sini terdapat pelbagai jenis hotel murah dan juga yang mahal. Dan yang paling penting, area Pantai Ao Nang ni mempunyai banyak kedai-kedai makan halal seperti tom yam, ikan bakar, nasi berlauk dan sebagainya.

Selain itu, di sini juga mempunyai banyak ejen pelancongan yang menawarkan pakej-pakej tour ke tempat-tempat menarik di Krabi samada untuk half day tour atau full day tour. Kalau nak membeli barangan cenderahati sepeti keychain, t-shirt, seluar Hawai dan lain-lain, kedai-kedai di sekitar Pantai Ao Nang pun banyak. Berada di Pantai Ao Nang ni ibarat melancong/Island Hopping di Kota Kinabalu atau di Pantai Cenang di Langkawi. Strategik!

1. Island Hopping Di Krabi

snorkeling di krabi tempat menarik di krabi thailand

Melancong ke Krabi tapi tak pergi snorkeling umpama ‘naik motor tiada kedua-dua tayar’. Memang tak kena kan.. Antara trip atau tour yang popular di Ao Nang ialah ‘island hopping’ secara grouping ke beberapa pulau yang terkenal di sini. Antara pulau yang popular ialah Phi Phi Island, Koh Poda, Koh Gai (Chicken Island), Koh Tub dan juga Koh Mor.

Kebiasaanya island hopping ini anda akan berhenti ke beberapa tempat menarik seperti di Pantai Phra Nang Cave yang terletak di Railway Peninsular. Pantai ini tidak boleh diakses melalui kenderaan darat dan merupakan salah satu pantai yang paling cantik di dunia.

Koh Poda – Merupakan pantai yang pasirnya putih dan kawasan perairan penyu. Terdapat batu yang besar di hadapannya yang sering menjadi mercu tanda Krabi di dalam poster atau di dalam poskad. Jangan lepaskan peluang kalau ke sini untuk ‘selfie’ dengan batu yang besar ini.

Koh Gai (Chicken Island) – Yang paling best di sini kalau air laut sedang surut, anda boleh berjalan di sepanjang pantai kecil yang menghubungkan tiga pulau iaitu Koh Gai dan dua pulau kecil ( Koh Mor dan Koh Tub).

Phi Phi Islands – Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang dan hidupan marin yang cantik seperti ikan dan penyu (kalau bernasib baik) pasti membuatkan anda terasa kepenatan perjalanan seharian ke sini hilang. Selain itu, di Phi Phi Island juga ada beberapa tempat untuk shopping barangan cenderahati seperti baju-baju dan kraftangan.

Kalau nak tahu, di area Phi Phi Island sinilah pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo Decaprio dilakukan.

Selain pulau-pulau di atas, banyak lagi pulau-pulau lain yang menarik untuk aktiviti snorkeling seperti Tup Island sebagainya. Terpulang kepada bajet pakej yang anda pilih dan pulau mana yang anda pergi.

2. Tiger Cave Temple (Wat Tham Suea) – Destinasi Melihat Sunset Terbaik

Tiger Cave Temple krabi thailand

Salah satu tempat menarik di Krabi yang paling popular di kalangan pelancong ialah di Tiger Cave Temple yang terletak di atas puncak bukit. Cabaran nak naik ke puncaknya, anda kena menaiki anak tangga sebanyak 1237 anak tangga! Memang tinggi dan memerlukan stamina kalau nak naik ke atas kerana tangga dia lebih curam kalau nak dibandingkan dengan anak-anak tangga di Batu Caves.

Bila dan sampai ke kemuncak, anda dapat lihat pemandangan seluruh Krabi termasuk pantainya nun di hujung sana. Kalau datang ke Krabi tak ambil gambar di atas sini memang rugi besar. Walaupun penat nak naik ke atas tetapi ‘worth it’ la.

Tokong Buddha ini telah dibina sejak tahun 1975 lagi dan betul-betul di kemuncak bukit. Seperti juga di Batu Caves, di sini juga ada sebuah patung Buddha ‘bersila’ yang seolah-olah sedang memerhati Krabi dari puncaknya. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, patung ini dibina bertujuan untuk menjaga Krabi. Apa-apa pun, bagi saya yang lebih menarik di sini ialah pemandangannya yang ‘saujana mata memandang’ terutamanya time matahari terbenam.

3. Emerald Pool (Sa Morakot)

blue pool krabi thailand

Terletak kira-kia 30 minit memandu dari bandar Krabi. Kolam Emerald merupakan sebuah kolam semulajadi yang hijau dan jernih airnya yang terletak di dalam hutan. Kalau anda melancong ke Krabi dan tak datang ke sini memang rugi kerana kat Malaysia, memang susah nak cari kolam sebegini dan mungkin tiada.

Luas Emerald Pool ini lebih kurang suku padang bola dan dikelilingi oleh pokok-pokok hutan semulajadi. Kalau berenang di sini memang best ! Air kolam datangnya dari sumber bukit yang berdekatan dan nak cakap betapa jernihnya air dia, anda boleh lihat dasar kolam ini dari permukaan atas.

Setiap hari memang ramai yang datang ke Emerald Pool untuk mandi samada pelancong luar ataupun tempatan. Satu tempat menarik di Krabi yang sangat unik untuk dilawati.

4. Krabi Hot Stream

krabi hot spring

Tak jauh dari Emerald Pool terletaknya sebuah kolam air panas semulajadi yang juga tidak kurang menariknya. Sekali sampai di sini, anda mungkin lihat Hot Stream ini seperti anak sungai yang biasa, namun bila dah celup ke dalam baru anda tahu betapa agak panasnya dan ‘refreshing’nya mandi di sini.

Tidak seperti di kebanyakan kolam air panas di Malaysia, kebanyakannya menyediakan kolam buatan manusia. Di sini, semua struktur dan pembentukan kolam air panas adalah yang semulajadi dan yang paling best, ada arus air panas yang mengalir secara bertingkat.

Anda boleh berendam dan santai di tepi batu sambil menadah badan melalui arus Hot Stream ini. Kawasannya agak kecil dan kalau ‘time’ ramai orang, mesti sesak. Apa-apa pun, satu kombinasi menarik kalau berendam air panas di sini selepas mandi air sejuk di Emerald Pool.

5. Naik Bot Panjang Di Sungai Krabi

lawatan ke dalam gua

Satu lagi aktiviti menarik yang boleh dicuba ialah menaiki bot panjang (bot macam dalam movie Ong Bak) menyusuri Sungai Krabi. Di sepanjang Sungai Krabi ini, anda akan berhenti ke beberapa tempat menarik dan salah satunya ialah di Khao Khanbnam Eco-Tourism and Community Life. Di sini terdapat sebuah gua yang telah wujud beribu-ribu tahun lamanya.

Pada perang dunia kedua dahulu, gua ini pernah menjadi markas tentera Jepun. Di sini anda boleh lihat beberapa patung buatan manusia yang menyerupai tentera Jepun dan juga patung-patung manusia pra-sejarah.

Sambil-sambil melancong boleh belajar sekali tempat tinggal orang-orang zaman dulu. Di sini juga ada beberapa replika tembikar dan perkakasan orang pra sejarah. Dan yang paling menarik, di sini terletaknya beberapa rangka tulang manusia yang dipercayai berusia 43 000 tahun dan ada juga yang berusia 40 juta tahun.

Seterusnya anda akan dibawa ke perkampungan nelayan tepi Sungai Kerabi. Di sini anda boleh lihat perusahaan perternakan ikan sangkar, pembuatan bot panjang dan barangan kraftangan.

Itulah dia beberapa tempat menarik di Krabi Thailand yang popular yang sering menjadi pilihan pelancong kalau bercuti untuk 2 atau 3 hari.

Apa Kata Mereka?

Jom Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlet Murah

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas