4 Mercu Tanda di Negeri Melaka Yang Perlu Anda Tahu

4 Mercu Tanda di Negeri Melaka. Selain dikenali sebagai tempat bersejarah di Malaysia, Negeri Melaka juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang boleh kita anggap sebagai mercu tanda utama bagi orang Melaka.

Mercu tanda di Negeri Melaka ini sudah semestinya menjadi kebanggaan buat orang Melaka. Bagi anda yang ke Negeri Melaka jangan lupa singgah sebentar di lokasi-lokasi dibawah ini.

Mercu Tanda Di Negeri Melaka

Berikut merupakan cadangan tarikan mercu tanda di Negeri Melaka yang boleh dilawati untuk bergambar dan bersiar-siar dengan keluarga.

1. Masjid Selat

Masjid Selat Negeri Melaka Mercu tanda di negeri melaka

Masjid di atas Selat Melaka ini dibina dengan aggaran kos 10 juta ringgit dan dibuka secara rasminya pada tahun 2006. Kalau waktu air laut pasang, ianya kelihatan seolah-olah terapung.

Lokasi Masjid Selat Melak ini terletak berdekatan dengan pulau buatan manusia iaitu di Pulau Melaka dan Pantai Klebang. Pemandangan masjid ini pada waktu malam sememangnya sangat indah terutamanya ketika matahari melabuhkan tirai di kala senja.

2. Kampung Mortem

Kampung Mortem Melaka

Kalau di Kuala Lumpur ada perkampungan Melayu di tengah bandar iaitu Kampung Baru, di Negeri Melaka pula ada Kampung Mortem yang juga terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

Perkampungan Melayu yang berdekatan dengan sungai Melaka ini masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan Melayu terutamanya dari segi binaan rumah. Perkampungan ini sering menjadi tarikan utama pelancong luar negara untuk lebih mendekati budaya dan senibina rumah orang Melayu asli Melaka kerana lokasi yang mudah diakses dari bandar utama.

3. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Merupakan sebuah replika air di muara Sungai Melaka dan yang terbesar di Malaysia berdiameter 13 meter yang dibina pada tahun 2008 bertujuan sebagai ikon kepada muara Sungai Melaka yang pernah menjadi pelabuhan terpenting ketika era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Jarang kita menjumpai tarikan unik sebegini di negeri lain dalam Malaysia, hanya di Melaka ada stuktur binaan kincir air sebegini.

4. Dataran Keris

Dataran Keris Alor Gajah Melaka

Merupakan sebuah replika keris gergasi yang terdapat di Alor Gajah. Mercu tanda replika yang sangat popular di Melaka ibarat Dataran Lang di Langkawi. Sesuai datang ke sini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Apa Kata Mereka?

Tempat Bersejarah di Malaysia Yang Paling Popular

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas