Telekom Malaysia Kini Mempunyai 1 Juta Pelanggan UniFi

Perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia atau dikenali sebagai UniFi telah diperkenalkan pada 2010 yang lepas, dan kini, selepas lebih 7 tahun sejak pengenalannya, Telekom Malaysia telah pun mencatatkan lebih 1 juta pelanggan UniFi sehingga kini.

Angka ini semestinya sebuah pencapaian yang tinggi untuk Telekom Malaysia, malah membawa internet berkelajuan tinggi ke lebih banyak kawasan ke seluruh negara.

Pakej Unifi

unifi telekom malaysia

Acul pun salah seorang pengguna Unifi. Teringat dulu-dulu masa guna jaring dan dail-up untuk dapat sambungan internet. Memang slow siap boleh bancuh air lagi sementara nak tunggu loading laman web. Sekarang ni internet memang laju dengan adanya Unifi.

Buat masa ini, Telekom Malaysia menawarkan pakej UniFi Pro dan Unifi Advance, selain baru-baru ini turut telah hadir dengan pakej UniFi Lite.

Untuk lihat pakej Unifi anda boleh layari laman web rasmi Telekom Malaysia.

Saluran HyppTV Percuma

Dengan pencapaian lebih 1 juta pelanggan ini, Telekom Malaysia turut mengumumkan penawaran semua saluran HyppTV secara percuma kepada semua pelanggan UniFi dan Streamyx dengan HyppTV bermula daripada 19 Jun hingga 18 Julai ini.

Bagi anda yang mempunyai akses kepada HyppTV, mungkin boleh menikmati sejumlah kandungan menarik yang disediakan melalui perkhidmatan penstriman televisyen berkenaan untuk tempoh sebulan ini.

Apa Kata Mereka?

5 Tempat Menarik Di Krabi Thailand Untuk Dikunjungi

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas