Belajar Bina Laman Web Percuma Dengan MarkSheet

Nak belajar bina laman web sendiri? Seperti mana ramai antara kita yang tahu, harga untuk laman web memang sangat mahal lagi-lagi kalau laman web tersebut dibina dari kosong tanpa menggunakan template (custom).

Harga untuk custom design laman web boleh mencecah harga ribuan ringgit dan ada juga mencecah puluhan dan ratusan ribu. Untuk pengetahuan anda, harga laman web ini adalah subjektif dan harganya bergantung kepada pengalaman dan kemahiran web designer tersebut. Lagi berpengalaman dan lagi tinggi kemahirannya lagi mahal harga yang diberikan.

Belajar Bina Laman Web Percuma

Belajar Bina Laman Web Percuma Dengan MarkSheet

Untuk entri kali ni, Acul nak kongsikan satu laman web yang tawarkan perkhidmatan ajar belajar bina laman web secara percuma dengan menggunakan MarkSheet. Di MarkSheet ada menyediakan panduan lengkap mengenai pembinaan laman web dari asas. Disini anda boleh belajar HTML & CSS secara detail. Cara pengajarannya juga sangat mudah untuk difahami.

Untung sekarang sebab banyak laman web yang ada sediakan ajar membina laman web dan kalau nak dibandingkan dulu sumber-sumber untuk belajar bina laman web kat internet tersangatlah kurang. Kalau 15 tahun yang lepas, sumber-sumber ni banyak ada kat buku setebal kamus tu. Banyak teori daripada praktikal yang kadang-kadang memang pening nak paham.

Waktu Acul mula berjinak-jinak dengan pembinaan laman web dulu, Acul banyak belajar dari w3school dan Html.net dimana bahan belajar yang ditawarkan adalah kurang sama dengan MarkSheet. Tapi untuk MarkSheet ni Acul tengok lebih teliti dan mudah difahami sebab diajar satu persatu.

Belajar HTML & CSS

belajar buat laman web

Di MarkSheet anda akan diajar apakah yang dimaksudkan HTML dan CSS serta fungsi-fungsinya dalam pembinaan laman web. Anda juga akan belajar setiap tag yang digunakan pada laman web.

Jadi lepas ni anda dah boleh bina laman web sendiri tanpa perlu upah web designer. Cuma pesan Acul, untuk belajar membina laman web ni anda perlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana untuk mahir bukanlah dalam masa yang singkat. Acul pun nak mahir ambil masa bertahun-tahun. Itu pun banyak belajar sendiri hehe…

Ok lah… Selamat belajar bina laman web dari Acul. Jika anda perlukan bantuan dalam HTML dan CSS ni, anda boleh ajukan soalan kat Acul. Acul akan bantu anda sebaik yang mungkin 🙂

P/S: Akan datang MarkSheet akan keluarkan video tutorial belajar bina laman web.

Apa Kata Mereka?

Nurraysa Beauty Fenomena Produk Kosmetik Bumiputra Di Malaysia

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas