5-Cara-Naikkan-Follower-Instagram-Dengan-Mudah

5 Cara Naikkan Follower Instagram Dengan Mudah

5-Cara-Naikkan-Follower-Instagram-Dengan-Mudah

Instagram merupakan salah satu aplikasi social media yang popular di dunia pada masa kini selain Facebook dan Twitter. Instagram juga dikenali sebagai tool marketing yang amat berkesan pada masa kini selain Facebook. Rata-rata pengguna internet kini mempunyai akaun Instagram sama ada akaun Instagram peribadi ataupun akaun perniagaan.

Bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan di Instagram, sangat penting untuk memiliki ramai followers ini untuk lebih ramai lagi orang tahu kewujudan produk atau perniagaan kita dan juga untuk meningkatkan jualan. Kita tak boleh kekal dengan pengikut yang ada saja, followers Instagram harus bertambah setiap hari!

5 Cara Naikkan Follower Instagram

5-Cara-Naikkan-Follower-Instagram-Dengan-Mudah

Kat sini Acul nak kongsikan 5 cara naikkan follower Instagram dengan mudah yang boleh anda ikut. Mungkin 5 cara naikkan follower Instagram ini dah pun anda lakukan namun tidak sedar akan keberkesannya dan mungkin ada diantara anda yang masih tidak tahu 5 cara ini.

1. Sentiasa Update Gambar Terbaru

Follower suka akaun yang sentiasa di Update sebab mereka sentiasa inginkan perkembangan terbaru daripada anda. Selain itu juga anda dapat terus berinteraksi dengan follower anda. Akaun Instagram yang JARANG di Update akan mengurangkan interaksi dengan follower.

Jadi anda perlu rajin update akaun Instagram anda dengan gambar-gambar terkini. Barulah gambar-gambar anda akan sentiasa berada di bahagian feeds dan yang paling best kalau gambar anda tersenarai di bahagian discover. Ehemm!

2. Gambar Yang Cantik & Jelas

Siapa yang tak suka dengan gambar yang cantik kan? Rata-rata pengguna Instagram suka pada gambar yang cantik kerana mereka dapat memahami apa yang anda sampaikan. Cuba belajar tips-tips untuk ambil gambar yang cantik untuk tarik perhatian follower anda.

Kalau boleh laburkan sedikit duit anda untuk dapatkan telefon pintar yang mempunyai kamera yang cantik. Tapi tak perlu la perlu la beli iphone 7 semata-mata nak dapatkan kamera yang cantik. Anda boleh dapatkan telefon pintar dengan kamera yang cantik dengan bajet yang rendah.

3. Contest & Giveaway

Cara ini memang banyak digunakan oleh peniaga-peniaga. Siapa yang tak suka dapat hadiah percuma kan? Lagi-lagi kalau hadiah tu memang bernilai contohnya seperti wang tunai, telefon pintar, macbook dan sebagainya. Memang ia akan menarik perhatian orang ramai untuk sertai.

Tapi bukan semua peniaga boleh keluarkan bajet yang tinggi untuk berikan hadiah. Lagi-lagi yang baru nak berniaga. Jangan risau, anda boleh mulakan dengan apa yang mampu. Ramai yang suka jika dapat hadiah wang tunai. Sebagai syarat untuk menang, anda boleh letakkan syarat follow akaun Instagram anda. Dari situ follower instagram anda akan naik.

4. Promote Ke Social Media

Rata-rata diantara kita ni masing-masing ada akaun media sosial selain daripada Instagram. Contohnya seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp, Bigoo dan banyak lagi la.

Jadi ambil peluang ni promote akaun Instagram anda kat semua akaun media sosial anda. Suruh rakan-rakan anda yang ada akaun Instagram follow anda. Kalau kawan tak support anda siapa lagi nak support kan?

5. Trending Hashtag

Hashtag umpana marketing percuma untuk pengguna Instagram. Memang rugi sangat-sangat kalau anda sebagai peniaga tak gunakan kelebihan hashtag ni semaksimum yang mungkin.

Cuba cari dan ambil tahu apakah hashtag yang trending sekarang dan gunakan hashtag tersebut dalam post gambar anda. Anda boleh menggunakan maximum 30 hashtag dalam satu gambar. Jadi gunakan sebaik mungkin.

____

Diatas adalah 5 cara naikkan follower Instagram dengan mudah dan cepat yang boleh anda ikut. Tak susah kan? Yes memang tak susah tapi tak ramai yang boleh buat secara konsistem. Anda perlu rajin dan banyak luangkan masa pada Instagram jika anda ingin dapatkan follower yang betul-betul berkualiti.

Selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

5 Destinasi Terbaik Percutian Hujung Minggu

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas