menu hidangan masakan kampung buffet ramadhan restoran nelayan gombak

Restoran Nelayan Gombak Tawar Harga Berpatutan

menu hidangan masakan kampung buffet ramadhan restoran nelayan gombak

Bulan Ramadhan 2017 ini Restoran Nelayan Gombak menawarkan pakej berbuka puasa yang berpatutan untuk pengunjung-pengunjung yang ingin berbuka puasa di restoran ini. Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur terutamanya yang berdekatan dengan Gombak lokasi ini memang sesuai untuk anda berbuka puasa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Restoran Nelayan Gombak ini dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa yang merupakan sebuah restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak dari tahun 80an dan restoran ini telah berpindah ke Gombak pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu dan telah diambil alih oleh Q’Sha Trading (M) Sdn Bhd pada tahun 2016 hingga sekarang.

Restoran Nelayan Gombak Tawar Sajian Masakan Kampung

buffet ramadhan 2017 restoran nelayan gombak

Menu utama yang menjadi tarikan pengunjung di sini adalah stimboat dan grill. Tetapi bukan itu sahaja, malah turut disediakan menu lain seperti nasi putih, nasi goreng, laksa, lauk pauk kampung, pencuci mulut seperti puding, buah buahan dan kuih muih yang pasti memikat selera pengunjung yang datang kesini.

Antara yang menjadi tumpuan selain stimboat di restoran ini adalah kambing bakar dan gerai Roti Jala Magic yang dihidangkan dengan pelbagai warna. Memang sedap. Selain itu juga, Roti John turut disediakan untuk pengunjung.

menu hidangan masakan kampung buffet ramadhan restoran nelayan gombak

Bagi tetamu yang nak merasa menu masakan kampung pula, Restoran Nelayan Gombak juga menyediakan lebih daripada 15 jenis menu dan ini dapat memberikan kepada pelanggan lebih banyak jenis pilihan dan salah satunya jenis pilihan kerabu dan ulaman tradisional untuk melengkapkan sajian kampung mereka. Tak lupa juga “live cook” daging gulai kawah dan daging salai masak lemak yang memang pekat dan sedap!

Selain dari hidangan masakan kampung, tetamu juga boleh memilih makanan dari stall Noodle Station seperti Nonya Kari Laksa dengan pilihan mee atau kuew tiaw sup. Dari segi minuman pula menyediakan pelbagai jenis air cordial untuk memberikan banyak pilihan selain Teh Tarik Istimewa dan Cendol.

Kemudahan-Kemudahan Di Restoran Nelayan Gombak

persembahan di restoran nelayan gombak

Restoran Nelayan Gombak menawarkan ruang makan yang luas dan disini juga ada menyediakan pentas untuk persembahan bagi menghiburkan pengunjung yang datang kesini. Selain dari itu, restoran ini ada menyediakan kemudahan tandas dan ruang solat yang luas.

Bagi yang nak solat terawih pun tak perlu nak terkejar-kejar sebab korang boleh terus solat terawih di restoran ini yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Pihak restoran juga telah menjemput imam muda untuk mengimamkan solat terawih disini.

Antara kemudahan lain di restoran ini adalah ruang parking yang sangat luas dimana ruang parking ini boleh memuatkan 80 hingga 100 kereta dan 6 bas dalam satu masa. Jadi korang tak perlu risau pasal parking.

Bagi yang tercari-cari lokasi untuk buat rumah terbuka, anda boleh gunakan restoran ini sebagai lokasi rumah terbuka nanti. Disini juga ada dewan yang boleh memuatkan 500 hingga 600 tetamu dalam satu masa. Sesuai untuk sesiapa yang nak mengadapakan majlis perkahwinan. Bilik VIP dan homestay juga turut disediakan. Memang lengkap kemudahan yang disediakan.

Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak
Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak/Warga Emas : 50% Diskaun
Kanak-kanak usia 4 tahun dan ke bawah Percuma.

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur.
(berdekatan dengan UIA Gombak)

Waze: Restoran Nelayan Gombak

Untuk tempahan dan maklumat boleh terus direct call atau whatsapp ke
03-6185 8400, 013-223 7228, 013-296 7228 dan 019-293 1397.

Facebook: NelayanTitiwangsaGombak
Instagram: nelayanrestaurant_gombak

Baca: Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam
Baca: Buffet Ramadhan 2017 SACC

Apa Kata Mereka?

Hobi Yang Cool Untuk Anda Cuba Agar Tak Bosan

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas