citarasa dua negara buffet ramadhan 2017

Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

citarasa dua negara buffet ramadhan 2017

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan 1438H yang bakal tiba tidak lama lagi, baru-baru ini Segi Seri Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan yang bertempat di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis pelancaran Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan yang berlangsung pada 28 April 2017 baru-baru ini dihadiri oleh rakan-rakan perniagaan, media dan para pelanggan untuk merasai gambaran suasana buffet dan merasai hidangan yang akan disajikan pada bulan Ramadhan nanti.

majlis pelancaran buffet ramadhan laman kayangan

Majlis Pelancaran Bufet Ramadan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (cawangan Kuala Lumpur) En Ahman Md Adam, diiringi Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Ibrahim bersama selebriti jemputan, Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Kak Ogy). Ia turut memperkenalkan harga serta pakej menarik kepada pelanggan berbuka puasa Ramadan ini.

Rasai Keenakkan Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia Di Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan

Jika ada tertanya-tanya lokasi mana yang ingin dijadikan tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan rakan sepejabat, apa kata anda cuba berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam yang pastinya akan memberikan pengalaman berbuka puasa yang berbeza.

Tema makanan untuk Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan yang di pilih pada tahun ini adalah berkonsepkan dari dua sempadan iaitu Utara Malaysia dan Thailand. Seperti yang kita maklum yang negara kita Malaysia mempunyai perbagai juadah dari serata negeri di Malaysia yang diakui keenakkannya, manakala Thailand pula mempunyai keenakkan makanan dan keunikkan budayanya yang terkenal diseluruh dunia.

Pada bulan ramadhan nanti tetamu boleh menikmati hidangan berbuka dari dua sempadan tersebut dengan menu lebih dari 100 menu yang akan disediakan di Sepanjang Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan ini.

buffet ramadhan laman kayangan citarasa dua negara buffet ramadhan 2017 buffet ramadhan 2017 pencuci mulut buffet ramadhan 2017 shah alam buffet ramadhan

Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah seperti Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, sup tulang, ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi.

citarasa thai buffet ramadhan hidangan buffet ramadhan thai 2017 menu buffet ramadhan 2017 shah alam

Manakala menu makanan citarasa Thai pula adalah seperti Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari HijauTerung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung (NeuxMusammanNhoMaopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili, pelbagai sos istimewa dan banyak lagi. Tetamu juga turut boleh merasai Kambing panggang yang disediakan dengan tiga sos istimewa.

produk ogy ahmad daud

Selain itu, Kak Ogy juga turut bersama-sama mempromosikan bufet Ramadan di Laman Kayangan ini disamping memperkenalkan produk air tangannya sendiri iaitu sambal ikan kurau masin berlado, paru goreng Nek Mon dan sambal goreng Saadiah yang akan dipasarkan dengan kerjasama Segi Seri.

persembahan ghazal buffet ramadhan

Laman Kayangan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang berbuka puasa disini. Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Parking Kereta Percuma
  • Surau untuk solat
  • Dewan makan berhawa dingin
  • Akses Wifi Percuma
  • Kaunter Pembayaran Zakat
  • Persembahan Muzik Ghazal

Senang kata kemudahan yang disediakan memang memudahkan tetamu. Memang selesa berbuka puasa disini sambil menikmati hidangan juadah berbuka puasa yang enak. Bagi yang nak membayar zakat juga boleh ambil peluang untuk membayar zakat pada hari Jumaat setiap bulan puasa ini.

SENARAI HARGA BUFFET RAMADHAN 2017

Tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2017
Promosi Early Bird – RM45.00 seorang dewasa.

Senarai Harga Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

Harga Dewasa
RM59.00 seorang

Kanak-Kanak/Warga Emas
RM35.00 seorang

Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa – RM 295 & Percuma 2 kanak-kanak/warga emas
Pakej 9 Dewasa – RM 531 & Percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan

Pakej 10 Meja – RM 5,900

Percuma 1 meja
100 Special Doogift

Pakej 50 Meja – RM 29,500

Percuma 1 meja
500 Special Doogift
5 ‘Raya’ Hampers
2 Bunting
Screen Projector & P.A. System

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah.

019 – 250 3090 / 012 – 253 3973 / 012 – 387 1775 / 019 – 376 0149

Website | Facebook | Instagram

Apa Kata Mereka?

Tips Menjadi Seorang Yang Seksi

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas