kambing kebuli buffet ramadhan 2017 sacc

Berbuka Sambil Beramal di Buffet Ramadhan 2017 SACC

kambing kebuli buffet ramadhan 2017 sacc

Buffet Ramadhan 2017 SACC | Makin dekat nak puasa ni, makin banyak preview buffet Ramadhan yang diadakan terutama di hotel atau restoran-restoran yang ingin mempromosikan buffet Ramadhan mereka.

Dalam menuju bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan, sekali lagi Shah Alam Convention Centre (SACC) mengadakan buffet ramadhan 2017 untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa bersama-sama secara berkumpulan sama ada bersama ahli keluarga ataupun rakan sepejabat.

Buffet Ramadhan 2017 SACC: Cita Rasa Warisan Nusantara

Buffet Ramadhan SACC Cita Rasa Warisan Nusantara

Untuk tahun 2017 ini, SACC kembali lagi dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” setelah mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan-pelanggan pada tahun lepas.

SACC pada tahun ini menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari sentuhan Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar.

Selain tu juga, tetamu boleh rasa pelbagai jenis hidangan istimewa sepanjang bulan ramadhan ini di SACC seperti Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai itik Hijau Nusantara dan Kepala Pindang Lampung. Memang banyak lauk-pauk yang dihidangkan dekat sini. Sampai rambang mata dibuatnya.

Menu hidangan untuk setiap hari akan bertukar dan bergilir. Jadi setiap hari lauk-pauk serta hidangan akan berbeza-beza untuk berikan lebih banyak pilihan kepada para tetamu.

pencuci mulut buffet ramadhan 2017 SACC

Pencuci mulut dan air tak berubah tapi pembuka selera dan hidangan utama lauk pauk tu nanti akan bergilir. Barulah tak bosan kalau anda datang selalu dekat sini kan?

Ada banyak menu side dish yang tetamu akan dapat setiap hari dekat stall dalam dewan SACC tu nanti. Antaranya adalah Pecal, Sup Periuk Utara, Aneka Roti, Lontong Sleangor, Ikan Bakar, Gulai Kawah, Kuew Teow Banjir, Asam Laksa, Laksa Thai, Kacang Pool, Rendang Tok, Noodle Sup, Vegetable Tempura, Aneka Goreng-goreng, Apam Balik, Aneka Bubur, Ubi Kayu, ABC, Cendol, Ais Goyang dan buah-buahan dusun.

kambing kebuli buffet ramadhan 2017 sacc

Kalau anda ingin berbuka puasa disini pastikan anda mencuba Kambing Kebuli yang menjadi hidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC. Memang sedap! Rugi kalau tak cuba lagi-lagi kalau anda ni peminat daging kambing.

Berbuka Puasa Sambil Beramal

Selain daripada majlis berbuka puasa, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. Pada tahun 2017 ini, SACC akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Rescue Syria.

Setiap baucer buffet ramadhan yang dijual dengan RM88.00, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC oleh MAPIM.

Pihak SACC mensasarkan mengumpul sekurang-kurangnya RM12,000 sepanjang bulan mulia ini untuk disalurkan kepada Tabung Rescue Syria.

Satu usaha yang murni dari pihak SACC untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pada bulan mulia yang bakal tiba tidak lama lagi.

____

Buffet Ramadan SACC
Cita Rasa Warisan Nusantara

27 Mei 2017 – 22 Jun 2017

Harga (Dewasa)
RM88.00+

Harga (Kanak-Kanak/Warga Emas)
RM48.00+

Kanak-Kanak 6 tahun kebawah
Percuma

Harga (Early Bird)
RM78.00+ (Dewasa)
Pembelian sebelum 27 Mei 2017

Pakej Korporat
RM70.00+ (minimum 50 orang)

Website | Facebook | Instagram

UNTUK KETERANGAN LANJUT:

Fiza Hamid
Eksekutif Pemasaran dan Pengiklanan
SACC Convec Sdn Bhd
No. 4 Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 – 5511 8858 ext 106
HP: 014 – 221 1066
Email: fiza@sacc.com.my

Apa Kata Mereka?

Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas