Nurraysa Beauty Fenomena Produk Kosmetik Bumiputra Di Malaysia

Nurraysa Beauty | Terngiang-ngiang dialog iklan produk kecantikan Nurraysa di minda. Mana taknya, hari-hari nampak dan dengar di TV. Catchy! Jika menyusur Lebuhraya Utara-Selatan atau sekitar Lembah Klang, pasti kelibat wanita berniqab dengan tema warna produk pink terlihat di mana-mana. Seakan trademark jadinya, niqab-pink-Nurraysa!

Produk keluarannya, dengan tagline “produk mesra wuduk“, “mudah ditanggalkan“, menjadi sebutan. Benarkah produknya benar-benar ditanggalkan? Best sangatkah produknya hingga jumlah stokis dan ejennya melebihi angka 4,000 orang? Apa yang buat pemilik produk ini dilimpahi keuntungan jutaan ringgit saban bulan?

Pemilik Produk Mesra Wuduk Nurraysa Beauty

Nur Aini Zolkepeli pemilik Nurraysa Beauty

Soalan paling utama, siapa pemilik di balik jenama NURRAYSA ini? Nur Aini Zolkepeli, baru berumur belasan tahun ketika menceburi lautan perniagaan ini. Lebih tepat lagi, pada umur 19 tahun. Umur yang jika kini adalah angka zaman berseronok bagi anak muda. Tapi lihat saja wanita ini. Sudah berhempas pulas mengusahakan perniagaan rumpai lautnya.

“Mudahlah, modal banyak bolehlah nak mula niaga! Kami tak ada modal!”

Siapa kata beliau bermula dengan modal yang besar? Siapa kata beliau punya wang sendiri untuk mulakan bisnes? Pinjaman RM500 daripada suaminya yang membantu beliau membuka perniagaan rumpai lautnya.

Turun naik dan pasang surut perniagaan itu adat. Persaingan dari taikun-taikun besar, permainan caras harga, menjadikan wanita ini beralih arah dari penjualan rumpai laut asal kepada modifikasi produk dalam bentuk sabun kecantikan. Ilmu yang dipelajari dari seorang rakan yang bekerja di kilang pembuatan sabun tidak disia-siakan. Sabun marine collagen yang dihasilkan dari dapur sendiri mendapat sambutan hebat.

Bangkit Dari Kegagalan

kisah kejayaan Nurraysa Beauty

Allah hanya menduga mereka yang mampu menggalasnya. Perniagaan beliau seakan buntu hingga memaksa suaminya kembali bekerja sebagai pemandu lori demi meneruskan kehidupan sekeluarga. Daratan mana yang tak ditimpa hujan? Barangkali ada antara anda yang melalui fasa sempit dan tersepit hingga hampir putus asa bukan?

Pemilik nama Nur Aini ini juga tidak terkecuali. Tiada wang di bank mahupun di tangan, dengan saraan anak yang masih kecil, namun itu bukan pematah semangatnya. Beliau yakin Allah bersamanya.

Semuanya bermula pada Oktober 2014, pada usianya 22 tahun, beliau melangkah ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dengan harapan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi sumber pendapatannya pada ketika itu yang hanya sekitar kurang RM10,000 sebulan dan alhamdulillah usaha yang dilakukannya berjaya membuahkan hasil dimana hasil jualan produk Nurraysa Beauty semakin meningkat dari setiap bulan dan setiap tahun serta memiliki jumlah ejen dan stokis yang ramai dalam setiap negeri.

Rahsia Kejayaan Nurraysa Beauty

Nurraysa Beauty Dr Azizan Osman IMKK

Apa yang menjadi pegangan wanita ini hingga mampu bertahan sampai sekarang? Sentiasa berbalik pada Allah. Jaga hubungan dengan manusia, jaga juga hubungan dengan pencipta. Beliau sangat mengutamakan suami dan anak anaknya. Keluarga, kedua ibu bapa adalah kunci rahmat terbesar bagi seseorang manusia. Redha mereka membawa seribu satu limpah rezeki pada kita. Amalan wajib diperbaiki, amalan sunat ditambah.

September 2015 menjadi titik tolak dirinya untuk terus cekal dan maju ke hadapan. Dengan niat dan tekad untuk membantu lebih ramai orang terutamanya suri rumah menjana pendapatan tinggi, beliau tidak menoleh ke belakang lagi setelah berjaya mencapai RM 1 juta pertamanya.

Pesannya, “Jangan takut untuk berimpian kerana impian itu insyaAllah akan menjadi satu kenyataan. Apa yang difikir itulah satu doa.

kejayaan Nurraysa Beauty produk usahawan bumiputra

Melangkah lebih tinggi, ilmu juga harus semakin banyak. Tidak takut melabur dalam ilmu, pegangan inilah yang buat beliau kini menjadi salah satu anak didik terpilih Dr Azizan Osman yang diberikan tunjuk ajar dengan rapi. Beliau mahu lebih ampuh dan utuh dalam perniagaan, jadi beliau tidak berkira untuk mendapatkan mentor dan coaching personal dari Dr Azizan. Jangan lokek untuk belajar. Kerana tanpa ilmu yang betul, tak mustahil dinding-dinding akan dilanggar.

Siapa jangka bermodal pinjaman suami RM500 mampu berbuah hingga jutaan ringgit sekarang? Dan daripada seorang pemandu lori, suaminya adalah tulang belakang terkuat Nurraysa Global Sdn Bhd. Niat yang baik, jika diperhalusi dan dibajai dengan ilmu dan tindakan yang tepat, disirami dengan amal yang terbaik, pasti akan membuahkan hasil yang ranum dan manis.

Kemanisan hidup empunya diri Nur Aini binti Zolkepeli takkan senang-senang ditemui jika beliau tidak mulakan langkah atau jika beliau berhenti separuh jalan.

___

Kisah kejayaan Nur Aini Zolkepeli pemilik kepada Nurraysa Beauty ini dikongsikan daripada email yang dihantar oleh pihak Richworks untuk dikongsikan bersama supaya dapat dimanfaatkan dan dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang berniaga.

Apa Kata Mereka?

4 Mercu Tanda di Negeri Melaka Yang Perlu Anda Tahu

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas