Ujian-Buat-Pasangan-Yang-Baru-Bertunang-(3)

Ujian Buat Pasangan Yang Baru Bertunang – Jom selidik

Ujian-Buat-Pasangan-Yang-Baru-Bertunang-(3)

Ujian Buat Pasangan Yang Baru Bertunang | Tidak dinafikan bahawa orang yang berada di alam pertunangan cukup hebat dugaannya. Tidak cukup itu lagi, ada yang sanggup memutuskan pertunangan di saat hampir tiba majlis perkahwinan.

Kes-kes seperti ini banyak ditimbulkan sehinggalah berlakunya kes saman-menyaman di antara pasangan. Orang bertunang, lain sedikit dugaannya. Tapi apa yang penting, hubungan kena padu dan hati perlu kental.

Ujian Buat Pasangan Yang Baru Bertunang

Ujian bertunang:

Situasi 1: DIUJI DENGAN DUIT (harta)
Godaan: gunalah duit sikit untuk melabur. Lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna untuk tampung majlis. Kahwin memang banyak pakai duit. Kurang sikit jer sekarang, nanti dapatlah ganti lebih.

*pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. Jika ada duit lebih boleh guna, tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin, ada baiknya utamakan yang penting.

Bincang dengan pasangan anda untuk membuat keputusan. Ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat, wedding kena tangguh.

Ujian-Buat-Pasangan-Yang-Baru-Bertunang-(2)

Situasi 2: DIUJI DENGAN SIKAP
Godaan: Tiba-tiba tunang menjadi terlalu sensitif, panas baran, kurang sabar. Senang cerita perubahan emosi dan karakter.

*actually, bila niat nak kahwin sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. Sebab banyak benda nak kena fikir dan settle. Ditambah dengan rasa komitmen (feeling feeling husband, wife), maka jadi ‘care’ terlebih lebih dan membuatkan benda simple jadi complicated.

Syaitan duk tambah dosa nak kasi batal benda baik, makin meletuplah! Yang penting kena banyak bersabar. Masa ni masing masing kena main peranan. Takkan settle benda dalam keadaan marah. Cuba ajak solat hajat, mengaji, amik wudhuk. Bila dua-dua dah tenang, barulah boleh bincang tanpa melibatkan emosi.

Ingat niat asal! Nikah kerana Allah. Tengok masalah dan bincang penyelasaian. Jangnn fokus pada punca sahaja, rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. Insyaallah akan jadi lebih baik dari sebelum gaduh.

Situasi 3: DIUJI DENGAN KERAGUAN
Godaan: Kau nak kahwin dengan dia? Dah sedia ke nak jadi suami/ister orang? Tak rasa muda sangat ke nak kahwin?

*Yang ni semua orang alami. Nikah sebab nak redha Allah. Kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? Mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. Berhenti berfikiran negatif!

Tak ada orang yang dah siap bersedia. Cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). Soal boleh ke tak jadi wife or menantu, itulah pengalaman. Cuba baiki dari kesilapan. Contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. Kita takkan terus jadi sempurna mahuun hebat, tapi kita boleh berusaha kan? Ubah mindset!

Ujian-Buat-Pasangan-Yang-Baru-Bertunang-(1)

Situasi 4: KEHADIRAN BEKAS KEKASIH/SKANDAL
Godaan: Saya sayang awak lagi. Kalau saya masuk meminang hari ni boleh? Saya lagi bagus dari dia. Apa yang lebihnya dia dari saya?

*Kenapa dia jadi ex? Sebab dia adalah EXperienced! Lepas dan mulakan! Hargai yang lebih menghargai. Kalau dulu bukan percinta yang baik, sudah masanya membuktikan kita boleh jadi pencinta yang terbaik! Lepaskan, mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. Insyaallah.

Semoga perkongsian ini bermaafat dan menerima keredhaan Allah.

Sumber – Viral Media Johor

Apa Kata Mereka?

10 Kaedah Mendidik Anak Cara Islam

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas