kahwin ramai-ramai mega wedding malaysia 2017

23 Pasangan Ini Dinikahkan Serentak Di Mega Wedding Malaysia 2017

kahwin ramai-ramai mega wedding malaysia 2017

Mega Wedding Malaysia 2017 | Selepas kejayaan Mega Wedding Malaysia yang diadakan pada 22 Oktober 2016 yang lepas dan mendapat maklum balas yang positif dari orang ramai, kini Mega Wedding Malaysia kembali lagi dengan mengadakan program kahwin ramai-ramai pada 1 April 2017 bagi membantu pengantin yang ingin melansungkan majlis perkahwinan dengan kos yang rendah.

Program kahwin ramai-ramai Mega Wedding Malaysia anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Qistina Avenue Event Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding and Events ini antara yang terbesar di Malaysia.

Inisiatif program ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan membantu meringankan beban pasangan pengantin dan ibu bapa pengantin yang kurang mampu. Pakej yang ditawarkan juga eksklusif walaupun dengan kadar bayaran yang murah.

Bayar RM7,000 Dapat Semua Pakej Mega Wedding Malaysia

pakej kahwin murah di mega wedding malaysia

Siapa sangka dengan hanya bayaran RM7,000 sahaja, 23 pasangan pengantin ini boleh menikmati pelbagai pakej yang eksklusif.

Program perkahwinan ini diadakan berkonsepkan “Garden Wedding” dimana pengantin akan melansungkan perkahwinan mereka di tepi tasik dan yang lebih penting setiap urusan majlis ini diuruskan oleh pihak penganjur.

pakej kahwin murah mega wedding malaysia

Antara yang menarik didalam pakej ini adalah pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya dimana pasangan pengantin akan dibawa mengelilingi Tasik Putrajaya dan setiap detik pasangan pengantin ini akan diabadikan didalam foto dan video.

Bukan murah dan mudah nak dapatkan kenangan perkahwinan sambil menaiki Cruise ni. Kalau buat sendiri majlis ni dan upah photographer dan videographer sendiri rasanya kos 10 kali ganda.

pakej perkahwinan murah mega wedding malaysia

Pasangan pengantin ini juga akan diarak dari jeti Cruise ke pelamin sambil diraikan oleh ribuan jemputan. Memang meriah!

Pakej sebanyak RM7,000 ini adalah termasuk:

  • Tajaan dan pengurusan majlis pernikahan
  • Penginapan honeymoon di Hotel Pullman, Putrajaya
  • Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
  • Pelamin Gergasi Eksklusif
  • Kek Gergasi Eksklusif
  • Media Coverage: Majalah, akhbar, radio, media elektronik dan lain-lain
  • 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  • Menu Beriyani istimewa untuk semua jemputan
  • Sesi Outdoor Photoshoot “Lakeside Concept”
  • Persembahan Live Band Jemputan
  • Doorgift setiap tetamu
  • Kad Kahwin Ekslusif setiap pasangan
  • Hand Bouquest setiap pasangan
  • Kek Perkahwinan untuk setiap pasangan
  • Kek Perkahwinan untuk setiap pasangan
  • Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pengantin
  • Hadiah Perkahwinan Misteri daripada penganjur dan penaja
  • Terhad kepada 30 pasangan sahaja setiap majlis
  • Parkir untuk pengantin disediakan
  • Tiada GST

Senarai Penaja

  1. Wedding.com.my (Offical portal Mega Wedding Malaysia)
  2. Ampire Events
  3. Ainuddin Hatta Studio
  4. Bvold Studio
  5. RYNS Avenue
  6. Yann Rifft Team (Makeup)
  7. Coffee Corner Faizal Azzuuri
  8. Firejet Wedding kad
  9. Anggun By Saza
  10. Masjid Putra, Putrajaya
  11. Shangri-La Putrajaya
  12. Marina Putrajaya
  13. Cruise Tasik Putrajaya
majlis kahwin beramai-ramai mega wedding malaysia

Bagi anda yang belum lagi berkahwin dan masih lagi mencari pakej kahwin yang jimat tetapi eksklusif inilah peluang anda untuk dapatkan pakej dari Mega Wedding Malaysia. Dengar kata program seterusnya adalah pada bulan Mei, Ogos dan Oktober nanti atau anda boleh dapatkan maklumat terkini program ini di media sosial dan laman web rasmi Mega Wedding Malaysia.

Laman Web: Mega Wedding Malaysia
Facebook: Mega Wedding Malaysia
Instagram: Mega Wedding Malaysia

Untuk pertanyaan lebih lanjut anda boleh hubungi pihak penganjur di:

Tel: 012 – 387 1775
Tel: 017 – 675 2869

Alamat Penganjur
LOT 7812, (PM1845),
Bukit Cherakah,
Jalan Kg Subang Baru U9,
Seksyen U9,
41050 Shah Alam, Selangor.

Apa Kata Mereka?

5 Tradisi Perkahwinan Yang Perlu Ada

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas