cara-untuk-dapat-kulit-cerah

Cara Untuk Dapat Kulit Cerah – Jom Cuba!

cara-untuk-dapat-kulit-cerah

Cara Untuk Dapat Kulit Cerah | Pencerahan kulit bukanlah sekadar untuk mencerah, ia juga berfungsi meratakan ton kulit serta menaikkan seri wajah.

Tentu sekali ada waktu anda melihat cermin dan dapati kulit semakin kusam dan tidak berseri bukan? Jadi inilah waktunya anda mengambil langkah mencerahkan kulit!

Cara Untuk Dapat Kulit Cerah

1. Penjagaan Asas
Jika kulit sememangnya sudah mulus maka tiada masalah untuk menggunakan rawatan yang lebih ekstrem. Tapi jika sebaliknya, anda perlu fokuskan dahulu masalah utama kulit anda. Kulit yang bermasalah jika menggunakan rangkaian pencerahan hanya akan mengundang masalah lebih besar.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti kulit berminyak dan berjerawat selesaikan masalah itu terlebih dahulu dengan berjumpa pakar dermatologi. Kemudian baru beralih kepada rangkaian pencerahan, namun tidak lupa juga jika anda mempunyai kulit sensitif, pilihlah rangkaian pencerahan yang sesuai untuk jenis kulit anda.

2. Pelembap Yang Sesuai
Pencerahan melibatkan proses pengelupasan kulit yang mana kulit akan mengering dan menanggalkan lapisan kulit gelap yang tidak diingini. Menggunakan pelembap yang serasi dengan kulit adalah penting iaitu dengan mengoleskannya pada wajah 10-15 minit selepas menggunakan produk pencerah.

3. Gunakan Krim Tabir Suria
SPF dan PA+++ Tidak semua produk perlindungan matahari melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
• UVA – penyebab penuaan. Ton tidak sekata dan kedutan.
• UVB – penyebab kulit terbakar (sunburn).
• Gunakan perlindungan SPF yang lebih tinggi (SPF50).
• Tanpa menggunakan perlindungan sinaran matahari, produk pencerahan akan menjadi sia-sia.
• Elak terdedah secara terus kepada pancaran matahari terutama dari jam 11 pagi hingga 3 petang.
• Ketahui jenis krim tabir suria yang serasi dengan kulit, jika kulit anda sensitif pastikan anda menggunakan krim tabir suria bebas minyak atau dengan label ‘chemical free’ dan jenis ‘physical’ bukan ‘chemical’.

Baca JugaCara Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

cara-untuk-dapat-kulit-cerah-(1)

5. Pengambilan Vitamin C
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan pil pencerah kulit Glutathione dan 1000mg Vitamin C suplemen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah kulit mengeluarkan melanin sebagai kesan jangka panjang. Melanin merupakan pigmen coklat. Semakin gelap warna kulit, semakin banyak kandungan melanin yang ada.

6. Melulur
Untuk cara yang lebih mudah sebenarnya anda hanya perlu menggunakan lulur. Lulur dipercayai dapat membuat kulit lebih cerah dan bersinar dengan penyingkiran sel-sel mati. Lapisan kulit mati sememangnya harus dibersihkan. Tetapi anda perlu ingat, menggosok atau melulur perlu dilakukan secara berhati-hati kerana biji-biji halus dalam lulur boleh melukakan kulit serta mengakibatkan sel rosak lantas terhasilnya jerawat sekiranya digosok terlalu kuat.

Sumber – Eh!

Apa Kata Mereka?

Kenapa Bateri Handphone Cepat Mati?

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas