Dengan RM6000, 13 Pasangan Dinikahkan Serentak Di Mega Wedding Malaysia

Siapa sangka, perancangan pasangan ini untuk disatukan pada April tahun depan telah direalisasikan lebih awal di Program Mega Wedding Malaysia yang telah berlangsung di Putrajaya pada 22 Oktober 2016 yang lepas.

Pasangan ini masih lagi berusaha mengumpul wang untuk majlis mereka namun takdir sudah termaktub mereka disatukan lebih awal dalam suasana penuh meriah dan sederhana bersama 12 pasangan lain yang turut sama menyertai Program Mega Wedding Malaysia di Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Mega Wedding Malaysia Permudahkan Urusan Bakal Pengantin

13 pasangan nikah di Mega Wedding Malaysia Putrajaya

Pasangan pengantin Muhammad Nur Tauhid Aziz (25) dan Nur Afiqah Shamsul (25) menyatakan mereka amat bersyukur kerana Allah S.W.T mempermudahkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga, walaupun perancangannya itu dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Mereka mengambil keputusan untuk menyertai pakej ini empat bulan yang lalu selepas mendapati tawaran yang diberikan amat menarik.

Mereka dan 12 lagi pasangan lain hanya perlu membayar RM6,000 bagi setiap pasangan untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang lengkap di Taman di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. 10 kali ganda lebih murah berbanding harga asalnya iaitu hampir RM60,000.

Persandingan dalam taman di tepi tasik tampak sungguh mewah dan amat menarik buat pasangan-pasangan mepelai dan tetamu-tetamu yang hadir.

Walaupun dinikahkan lebih awal, persiapan untuk majlis yang dilakukan oleh keluarga tidak kelam-kabut kerana penganjur telah menyiapkan semuanya dan mereka hanya perlu mengikut perancangan yang sudah ditetapkan.

Pilihan Yang Tepat Mendaftar Di Mega Wedding Malaysia

Pendapat sama yang turut dikongsi oleh Khairil Hazwan Hamzah (26) dan pasangannya Siti Noraliza Amran (24) yang baru setahun bercinta turut mempercepatkan majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung Disember ini.

Mereka mendaftar untuk menyertai Program Mega Wedding Malaysia selepas melihat iklan di Facebook dan menyifatkan keputusan yang dibuatnya amat tepat kerana mampu merasai majlis perkahwinan dalam suasana yang meriah dengan pakej berpatutan.

Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran hanya RM6,000

  • 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  • Menu Briyani istimewa
  • Live show daripada band terpilih
  • Deejay Jemputan dan PA System
  • “Door Gift” untuk setiap tetamu
  • Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  • Liputan khas daripada media
  • Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  • Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  • Pelamin Ekskulif istimewa
  • Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  • Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  • Kek Kahwin untuk semua pasangan
  • Penginapan satu malam di Pullman Putrajaya untuk semua pasangan baru

Program Mega Wedding Malaysia adalah anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya dengan kerjasama Majlis Putra dengan tujuan untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih mampu untuk melalui dan merasai pengalaman yang indah dan mewah seakan-akan persandingan artis.

Berikut adalah senarai penaja yang turut menjayakan Program Mega Wedding Malaysia.

  • Wedding.com.my (Offical portal Mega Wedding Malaysia)
  • KL Wedding Ministry (Tatarias Pelamin Mega)
  • Sweet pictures (Official Photo & video)
  • Kadlawo.com (kadkahwin)
  • Scarfbucks
  • Yann Rifft Team (Makeup)
  • My Photobooth
  • Coffee Corner Faizal Azzuuri
  • Hunny Creations Event
  • Eddie Photo Video
  • Kay Gifts
  • iBawal
  • Pullman Hotel & Resorts Putrajaya
  • Marina Putrajaya
  • Cruise Tasik Putrajaya

Mega Wedding Malaysia juga turut bercadang untuk mengadakan perkahwinan beramai-ramai ini dilokasi-lokasi strategik di seluruh Malaysia.

Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibu bapa pengantin yang kurang mampu.

Apa Kata Mereka?

6 Punca Utama Mengapa Anda Menjadi Kuat Tidur

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas