cara-buat-side-income

Cara Buat Side Income Dalam Kampus

cara-buat-side-income

Cara Buat Side Income Dalam Kampus | Sejak akhir-akhir ni, trend berniaga di kalangan mahasiswa semakin rancak. Kegiatan ini menjadi perkara biasa dan boleh dilihat dimana-mana kampus IPT, di mana kita akan bertemu dengan mahasiswa yang giat berusaha mempromosi pelbagai barangan dan perkhidmatan mereka.

Kampus kini semakin hidup dengan budaya keusahawanan sama ada secara bersemuka atau atas talian. Apa yang menyuburkan trend ini tidak penting tetapi ia adalah sesuatu yang menggalakkan.

Mungkin kemajuan teknologi banyak membantu golongan pelajar yang cepat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.

Tetapi apa yang lebih penting lagi ialah keberanian mahasiswa yang terlibat untuk mengambil risiko yang tidak mampu diambil oleh kebanyakan orang biasa.

Sebagai seorang mahasiswa, anda akan menghadapi risiko perniagaan sama seperti peniaga lain. Malah anda mungkin berhadapan dengan risiko ketinggalan dalam pembelajaran yang mungkin lebih serius kepada masa depan anda.

Jadual anda akan menjadi semakin padat di mana anda perlu bijak mengagihkan masa dan tenaga di antara kuliah, tugasan dan perniagaan. Sini saya kongsikan serba sedikti cara buat side income dalam kampus :

Cara Buat Side Income Dalam Kampus

TAMBAH DUIT POKET

Kesempitan hidup di kampus adalah salah satu pendorong kepada kegiatan ini dan menjadi perkara lazim bagi sebahagian mahasiswa terutama dari keluarga yang kurang mampu.

Tidak pelik bila ramai mahasiswa yang membuat kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan di kampus. Tetapi menjadi usahawan kampus adalah satu fenomena baru yang amat suka kita lihat. Terdapat perbagai cara buat side income dalam kampus, anda hanya perlu tahu bisnes apa yang anda ingin ceburi.

KEINGINAN UNTUK BERJAYA

Mereka yang menceburi bidang ini bukan setakat mencari wang saku tetapi lebih kepada membina kerjaya mereka di masa hadapan. Keinginan untuk mencipta kejayaan dan kekayaan mendorong mereka terlibat dalam risiko yang besar ini.

MINAT YANG MENDALAM

Banyak perniagaan lahir daripada hobi pemilik yang beransur-ansur bertukar menjadi minat yang mendatangkan hasil yang lumayan. Tetapi jangan terlalu leka dengan kejayaan awal yang boleh melalaikan anda.

Rujuk buku, internet atau berjumpa dengan pakar yang boleh membantu anda terus maju ke depan. Anda juga jangan teragak-agak untuk menceburi bidang baru yang lebih berpotensi bila perniagaan sedia ada mula luntur.

cara-buat-side-income-(1)

MENCARI MODAL

Modal bukan elemen utama dalam perniagaan walau pun ia perlu. Kadang-kadang anda tidak memerlukan modal sesen pun untuk memulakan perniagaan

Tetapi sekiranya anda betul-betul memerlukan modal, banyak sumber-sumber yang boleh anda terokai. Antaranya dengan meminta bantuan keluarga dan rakan-rakan, memohon bantuan institusi kerajaan yang terlibat dalam galakan perniagaan atau mendapat suntikan modal daripada rakan kongsi atau pelabur baru.

Seboleh mungkin elakkan daripada meminjam pada peringkat permulaan ini kecuali anda benar-benar yakin dengan daya maju perniagaan anda serta mampu membayarnya.

Baca Juga – Kenapa “C Student” Lebih Berjaya

KESUNGGUHAN

Ingat anda adalah seorang usahawan dan pada masa yang sama juga seorang mahasiswa. Tanpa kesungguhan anda mungkin akan menghadapi kegagalan dalam kedua-duanya, bukan satu.

Rancanglah masa dan usaha anda dan jangan segan untuk meminta bantuan jika menghadapi masalah. Ingatlah anda adalah seorang pelajar yang mempunyai keluarga dan rakan yang boleh membantu.

SEMANGAT YANG KENTAL

Anda masih muda dan baru dalam bidang usahawan, punya banyak kelebihan. Jadikan ia sebagai satu kekuatan di mana anda boleh mencuba idea-idea baru yang berbeza dari orang lain.

Jangan takut gagal kerana ia adalah pengalaman yang amat berguna kepada anda dalam membina kejayaan di masa hadapan. Amati kegagalan anda, ubah strategi dan ambil kegagalan tersebut sebagai anjakan untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya anda.

MEMBINA RANGKAIAN PASARAN

Anda perlu bijak memanipulasi teknologi seperti internet dan media sosial supaya produk anda mendapat liputan yang lebih meluas. Malah anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah atau mobile phone yang boleh menjimatkan kos perniagaan.

Teknologi hari ini seperti laman web, blog, WhatsApp, Twitter, Facebook dan sebagainya boleh membantu meluaskan rangkaian kenalan dan sahabat handai. Mereka mungkin bakal menjadi rakan kongsi perniagaan suatu hari nanti sebagai pembekal, pemborong dan pelanggan anda.

cara-buat-side-income-(2)

MENGENALI PELANGGAN

Kenal pasti siapa pelanggan anda dan rancang strategi bagaimana untuk memenuhi kehendak serta cita rasa mereka. Pastikan perniagaan anda mempunyai kelainan supaya pelanggan sentiasa kembali kepada anda. Ingat! Anda mahukan wang mereka, jadi berikan keutamaan kepada khidmat pelanggan dan berkomunikasilah dengan mereka sebaik mungkin.

MEMBINA MUTU DAN REPUTASI

Dalam urus niaga perniagaan, pelanggan bukannya membeli produk anda tetapi mereka membayar untuk mendapat faedah atau manfaat dari produk tersebut. Belajar dan kaji apa yang pasaran mahukan daripada produk anda dan bagaimana produk tersebut boleh memenuhi cita rasa pengguna.

Semoga tip-tip yang diberikan ini memberi manfaat buat anda yang masih menuntut di kampus dan ingin mencari duit poket tambahan.

Gunakan segala ilmu yang telah dikongsikan ini untuk kebaikan bersama.

Sumber – Karangkraf

Apa Kata Mereka?

Kebaikan Minyak Kelapa Untuk Kecantikkan

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas