Sambutan Rumah Terbuka Segi Seri 2017 di Laman Kayangan

Sambutan Rumah Terbuka Segi Seri 2017 di Laman Kayangan

Sambutan Rumah Terbuka Segi Seri 2017 di Laman Kayangan

Seramai lebih 3,000 tetamu yang terdiri daripada pelanggan, rakan niaga, orang ramai dan anak-anak yatim datang meraikan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Segi Seri Group bertempat di Laman Kayangan Shah Alam pada 23 Julai 2017 baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung pada hari Ahad bermula dari jam 11.00 tengah hari sehingga 6.00 petang ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara syarikat dan anak syarikat Segi Seri Group dengan pelanggan, rakan niaga dan orang ramai.

Rumah Terbuka Segi Seri 2017 Raikan Anak Yatim

Rumah Terbuka Segi Seri 2017 Raikan Anak Yatim

Walau pun Hari Raya Aidilfitri ini disambut dengan meriah namun Segi Seri Group tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik. Seramai 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus dari Seksyen U16, Denai Alam dan Pertubuhan Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa, Taman Putra Perdana turut sama dijemput untuk diraikan di Laman Kayangan Shah Alam.

Anak-anak yatim ini juga turut diberikan sumbangan dan duit raya sebagai sokongan moral serta keprihatinan sosial membabitkan insan kurang bernasib baik. Di kesempatan ini juga, anak-anak yatim ini turut sama diraikan bagi menyambut hari raya bersama-sama.

Sambutan Meriah Rumah Terbuka Segi Seri 2017

Sambutan Meriah Rumah Terbuka Segi Seri 2017

Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Segi Seri 2017 pada tahun ini sangat meriah dan boleh dikatakan “full house” dan dijangka tetamu yang hadir juga melebihi daripada 3,000 tetamu. Tetamu yang datang juga dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah masakan yang disediakan oleh Segi Segi Group.

Antara juadah yang disediakan untuk tetamu yang hadir adalah seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi pandan, ayam rendang, daging masak hitam, roti john, kebab, kambing bakar, lemang, ketupat, buah-buahan, laksa, kuih-muih dan banyak lagi.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan celotehan dari pengacara majlis dan persembahan muzik ghazal yang dijemput khas oleh Segi Seri Group. Tetamu juga turut terhibur dengan persembahan yang disediakan.

Gambar Oleh: Utusan Online

Apa Kata Mereka?

Pameran Pengantin MEFA Edisi ke-17 Ogos Ini Di PKNS Bangi

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas