Sambutan Rumah Terbuka 2017 Kumpulan Utusan Rai Golongan Istimewa

Sambutan Rumah Terbuka 2017 Kumpulan Utusan Rai Golongan Istimewa

Sambutan Rumah Terbuka 2017 Kumpulan Utusan Rai Golongan Istimewa

Hari terakhir Syawal tidak menjadi penghalang untuk Kumpulan Utusan untuk mengadakan rumah terbuka majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017 Kumpulan Utusan yang diadakan pada 30 Syawal bersamaan 24 Julai 2017 yang lepas di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad.

Majlis sambutan rumah terbuka 2017 Kumpulan Utusan yang dianjurkan secara bersama antara Kumpulan Utusan, Yayasan Kumpulan Utusan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ini turut meraikan seramai kira-kira 210 tetamu yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal.

Kumpulan Utusan Rai Golongan Istimewa

Kumpulan Utusan Rai Golongan Istimewa

Majlis sambutan rumah terbuka ini merupakan salah satu usaha dalam mendekatkan syarikat penerbitan akhbar berpengaruh itu dengan masyarakat yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal.

golongan istimewa diraikan di rumah terbuka aidilfitri kumpulan utusan

Pada majlis itu juga, Kumpulan Utusan turut menyumbangkan sebanyak tiga buah kerusi roda kepada golongan istimewa. Manakala seramai lima orang penerima diberikan kad OKU baharu.

Tetamu istimewa pada majlis itu turut diberikan cederahati, dihiburkan dengan persembahan nyanyian, sesi bergambar studio, cabutan nombor bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang disajikan khas buat mereka.

Tajaan Menu Hidangan Dari Segi Seri Group & Great Creation

Tajaan Menu Hidangan Dari Segi Seri Group & Great Creation

Majlis sambutan rumah terbuka 2017 Kumpulan Utusan ini buat julang kalinya menerima tajaan daripada Segi Seri Group dan Great Creation untuk menu hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Antara menu hidangan yang disediakan di majlis rumah terbuka ini adalah nasi pandan, daging rendang, ayam rendang, lemang, mee kari, kueh teow kerang, mee goreng, kuih-muih, buah-buhan dan sebagainya.

Turut hadir di majlis rumah terbuka Aidilfitri 2017 Kumpulan Utusan ini adalah Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalannya, Datuk Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesh; Timbalan Pengarah JKM Selangor, Siti Fatimah Ismail dan Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Jamal Ahmed Ali Ahmad.

Kumpulan Utusan juga berharap aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ianya adalah tanggungjawab sosial. Ianya juga menepati seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjadikan masyarakat berbilang kaum agar cintakan negara dimana Utusan adalah suara masyarakat, sentiasa mendampingi dan bersama masyarakat

Apa Kata Mereka?

Sambutan Rumah Terbuka Segi Seri 2017 di Laman Kayangan

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas