perarakan pengantin pameran pengantin mefa

Pameran Pengantin Terbesar Di Malaysia Mei 2017 Ini

perarakan pengantin pameran pengantin mefa

Pameran Pengantin terbesar di Malaysia (Malaysia Wedding Festival – MEFA) kini kembali lagi dengan edisi ke-16 Anjuran Qistana Avenue Sdn Bhd dimana Pameran Pengantin ini akan berlangsung pada tarikh 12 hingga 14 Mei 2017 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Berita baik buat bakal pengantin atau anda yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada tahun 2017 ini atau mungkin pada tahun 2018 nanti, inilah peluang untuk anda mencari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda kerana hampir semua pakej perkahwinan boleh dicari di Pameran Pengantin MEFA yang diadakan pada 12 hingga 14 Mei 2017 ini di SACC Shah Alam. Jadi jimat masa anda untuk cari pakej perkahwinan yang sesuai.

5 Sebab Kenapa Perlu ke Pameran Pengantin MEFA

malaysia wedding festival 2017

Disini kami nak kongsikan kepada anda 5 sebab kenapa anda perlu ke Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival 12 hingga 14 Mei 2017 ini. Pastikan anda ‘save the date’ Pameran Pengantin ni. Kalau tak nanti rugi pula terlepas promosi-promosi pakej perkahwinan yang ada kat sini.

1. Lebih 100 Booth Perkahwinan

pameran pengantin

Kalau anda ke Pameran Pengantin MEFA ni mesti anda akan rambang mata! Sebabnya… Kat sini ada banyak pilihan pakej perkahwinan yang boleh anda pilih. Antaranya seperti katering, dewan, hotel, photographer, videographer, pelamin, andaman, baju pengantin dan banyak lagi.

Waktu ni la nak cari perkhidmatan perkahwinan yang sesuai. Selalu kita dengar dari mulut kawan-kawan, tengok di Facebook dan Instagram. Kali ni anda boleh lihat sendiri dari depan mata. Nak cuba menu makanan dari katering kat sini pun boleh.

2. Potongan Harga Pakej Perkahwinan

Ha… Siapa yang tak tertarik kalau ada potongan harga kan? Di Pameran Pengantin MEFA di SACC Shah Alam nanti ada potongan harga pakej perkahwinan oleh vendor perkahwinan. Waktu ni anda boleh runding harga dengan vendor perkahwinan untuk majlis anda. Anda boleh cari pakej kahwin yang sesuai dengan bajet anda dan boleh dapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan lebih jelas.

Bukan senang nak dapat potongan harga pakej kahwin ni. Lagi-lagi majlis perkahwinan yang semenangnya kita tahu, kos untuk sesuatu majlis ni memang menelan belanja yang tinggi. Jadi gunakan peluang ini untuk cari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis anda.

3. Hadiah Cabutan Bertuah Yang Menarik

Kalau anda ada buat ‘booking’ dengan vendor perkahwinan di Pameran Pengantin MEFA ni sekurang-kurangnya RM500 anda berpeluang untuk mencuba ‘Lucky Draw’ yang disediakan oleh pihak penganjur. Banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi. Kalau anda bernasib baik anda boleh menang hadiah utama yang pasti membuatkan anda teruja. Senyum sampai ke telinga!

Antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan adalah pakej perkahwinan, gadget, pakej honeymoon dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya anda dapat hadiah coklat itupun jika anda tidak bernasib baik. Tapi tidak salah mencuba kan?

4. Aktiviti Sepanjang Pameran Pengantin

Selain daripada jualan pakej kahwin oleh vendor perkahwinan, anda juga boleh mengikuti aktiviti sepanjang pameran berlangsung. Antara aktiviti yang ada sepanjang pameran ini adalah seperti:

  • Pertunjukan Fesyen
  • Perarakan Pengantin
  • Pertandingan Makeup
  • Persembahan Artis dan banyak lagi

Memang tak rugi kalau anda kesini!

5. 1000 Goodies Untuk Pengunjung Terawal

Buat 1000 pengunjung terawal yang datang ke pameran ini akan dapat goodies bag. Wow! Dah la masuk pameran free lepas tu dapat lagi goodies bag. Tak ke berbaloi tu? Memang kami cadangkan anda datang awal ke pameran ini. Sebabnya?

Kalau anda datang awal, anda tak perlu bersesak-sesak untuk bertanyakan pakej dengan vendor perkahwinan. Anda boleh buat pilihan dengan lebih selesa. Tak pun anda boleh balik dahulu dan buat perbincangan dengan keluarga.

___

JEMPUT BERAMAI-RAMAI DATANG KE
MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA) 2017

Tarikh : 12 – 14 MEI 2017

Masa: 10 pagi – 9 malam
Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)

MASUK ADALAH PERCUMA

Info lanjut: www.mefa.my
Facebook: www.facebook.com/mefaevent
Instagram: @mefapengantin
Email: mefaevent@gmail.com

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 012-3871775

JUMPA ANDA DISANA….

Apa Kata Mereka?

Tips Teman Isteri Shopping Dengan Tenang

Lagi Topik Menarik

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

KONGSI

Langgan Kemaskini Terkini

Dapatkan kemaskini topik-topik terbaru setiap minggu terus ke e-mel anda dan peluang untuk menang pelbagai hadiah-hadiah menarik.


Atas